RITUAL WANITA MEROGOL LELAKI UNTUK MENJADI KAYA

Number of View: 31661

RITUAL WANITA MEROGOL LELAKI UNTUK MENJADI KAYA,Polis di zimbabwe yakin adanya sendikit para wanita yang merogol kaum lelaki.Para wanita yang merogol lelaki ini dikatakan adalah untuk tujuan ritual.Sendiket ini mengambil Sperma lelaki ini  untuk tujuan ritual persugihan supaya menjadi kaya.

Sperma yang dikumpul oleh para perogol ini dipercayai digunakan untuk ritual agar perniagaan mereka sentiasa berjaya.Tetapi ada pendapat mengatakan sperma-sperma itu mereka kumpulkan untuk di eksport dan di jual.

Salah seorang Mangsa memberi pengakuan bahawa dia pernah ditumpangkan oleh tiga orang wanita di bandar Harare.Salah seorang wanita itu memercikkan air ke muka saya dan menyuntik saya dengan ubat perangsang dan meminta saya melakukan hubungan seks.Dia memaksa saya melakukan hubungan intim itu bersama mereka tiga orang untuk beberapa kali dengan menggunakan kondom.Ketika mereka selesai melakukannya, mereka meninggalkan saya disemak dalam keadaan telanjang.

“Saya dibantu oleh pemotong rumput yang lalu disitu,kemudian saya dihantar ke hospital kerana saya masih dalam keadaan yang tidak normal kerana pengaruh ubat yang disuntik.

Pada awal bulan lalu,pihak polis berjaya menangkap para wanita yang memiliki 31 sarung kondom yang telah digunakan di bandar Gweru,barat daya bandar Harare.Para wanita itu menafikan bahawa mereka melakukan pemerkosaan itu dengan mengatakan mereka adalah pelacur dan dia terlupa untuk membuang kondom-kondom yang di jumpai pihak polis itu.

Di zimbabwe tidak ada peruntukan undang-undang untuk  pesalah wanita yang merogol lelaki,wanita-wanita itu ditahan untuk kesalahan melakukan serangan.

Incoming search terms:

Tags: , , ,

3 thoughts on “RITUAL WANITA MEROGOL LELAKI UNTUK MENJADI KAYA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge