SUSPEK BUNUH ANDRIAN JAY PEREIRA DITAHAN POLIS INDONESIA

Number of View: 2637

SUSPEK BUNUH ANDRIAN JAY PEREIRA DITAHAN POLIS INDONESIA,Selepas hampir seminggu Andrian Jay Pereira mati dibunuh dengan kejam di rumah sewanya di Kota Malang pada Isnin lalu, polis Indonesia semalam mendedahkan pihaknya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar Malaysia itu.

Ketua Polis Daerah Kota Malang, Adjutan Pesuruhjaya Besar Polis (KBP) Teddy Minahasa berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di rumahnya di Kabupaten Malang pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, turut dirampas daripada suspek itu ialah sehelai baju hujan dan sebuah topi keledar yang hampir menyerupai baju hujan dan topi keledar yang dipakai dua lelaki yang didakwa terlibat membunuh Andrian.

Suspek yang ditahan itu dikatakan seorang penjenayah yang terlibat dalam kes-kes mencuri motosikal dan sanggup mencederakan mangsanya,” kata beliau ketika dihubungi┬áKosmo!┬ádi sini semalam.

Teddy berkata, suspek ditahan dalam serbuan di rumahnya dan baju hujan serta topi keledar tersebut juga ditemui di rumah suspek itu.

Berikutan tangkapan itu, kata beliau, polis sedang mencari bukti bagi menentukan sama ada suspek yang ditahan itu terlibat dengan kematian Adrian, 23.

“Namun kita menghadapi kesukaran untuk mengecam suspek yang membunuh Andrian kerana saksi utama kes itu iaitu rakan serumah Adrian tidak nampak jelas wajah suspek itu kerana semasa kejadian keadaan gelap dan hujan,” katanya.

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “SUSPEK BUNUH ANDRIAN JAY PEREIRA DITAHAN POLIS INDONESIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge