TOKOH MAAL HIJRAH 1433 SELANGOR

Number of View: 3836

TOKOH MAAL HIJRAH 1433 SELANGOR,Penceramah dan pendakwah agama bebas Datuk Ismail Kamus Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433h Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah.Beliau menerima wang tunai rm20,000 daripada Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor LZS,sijil penghargaan,pingat maal hijrah,sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Sulaiman Shah,Wakil kekandanya,sultan selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketika ditemui pemberita,Ismail berkata beliau bersyukur dan gembira kerana sumbangannya dalam menegakkan syiar islam dihargai kerajaan negeri.

Tokoh saudara kita disandang oleh pemilik restoran makanan cina Muslim Muhammad Chan Abdullah,58,manakala pesara guru agama said husin,80,yang mempunyai 19 anak ,dianugerahkan tokoh kelurga mithali dan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Jamaludin Elias,48,menerima Tokoh Aktivis masyarakat.Mereka masing-masing menerima wang tunai rm10,000 sumbangan kerajaan negeri dan lembaga zakat selangor ,sijil penghargaan,pingat maal hijrah ,sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah

sumber:BERNAMA

 

Tahniah jokegurl ucapkan kepada mereka-mereka yang menerima anugerah untuk tokoh maal hijrah 1433 untuk peringkat negeri selangor

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “TOKOH MAAL HIJRAH 1433 SELANGOR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge