WANITA TANPA KAKI MENJAGA 130 ORANG KANAK-KANAK

Number of View: 3887

WANITA TANPA KAKI MENJAGA 130 ORANG KANAK-KANAK,Kecacatan bukan lah penghalang untuk wanita Xu Yuehua,55 membantu menguruskan kanak-kanak tyang dintinggalkan keluarga.Wanita ini tidak mempunyai kaki untuk berjalan dan hanya menggunakan bangku untuk bergerak tetapi mampu menjaga 130 orang kanak-kanak yatim.Xu kehilangan kakinya ketika dia berusia 12tahun didalam kemalangan apabila dia dilanggar oleh kereta ketika dia bekerja mengumpul batu bata di jalan raya.

Dia juga kehilangan kedua orang tuanya waktu dia masih kecil dan dia dijaga oleh rumak kebajikan Xiangtan, di provinsi Hunan.Xu juga membantu rumah kebajikan itu didalam hal-hal kebersihan,menjaga kanak-kanak dan juga membuat kasut untuk kanak-kanak yatim yang tinggal bersamanya.

Selama 37 tahun,Xu telah menggunakan lebih 40 buah bangku untuk membantu dirinya untuk berjalan dan telah membantu seramai 130 orang kanak-kanak kecil dirumah kebajikan itu.Salah seorang kanak-kanak yang dijaga oleh Xu adalah Sheng Li,kanak-kanak ini dilahirkan dengan kecacatan di bibir dan xu menyelamatkan kanak- kanak ini di tepi jalan kerana dia di tinggalkan oleh penjaganya.

Pada tahun 1987 Xu telah berkahwin dengan seorang petani di rumah kebajikan yang dia tinggal itu.Selepas tiga tahun berkahwin dia dikurniakan seorang anak lelaki,Lai Mingzhi.Walaupun telah mempunyai anak,dia masil lagi membantu di rumah kebajikan itu.

“Saya bukanlah orang yang hebat, tapi saya melakukan apa yang seharusnya saya lakukan, untuk memberikan anak-anak malang ini kasih sayang seorang ibu,”itulah kata-kata dari Xu Yuehua.

Tags: , , , ,

0 thoughts on “WANITA TANPA KAKI MENJAGA 130 ORANG KANAK-KANAK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge