BANJIR TERKINI DI KUALA LUMPUR | GAMBAR

Number of View: 7261

BANJIR TERKINI DI KUALA LUMPUR | GAMBAR,Hujan lebat petang tadi disesetengah tempat telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di ibu negara kita kuala lumpur berikutan banjir kilat di jalan Tun Razak.Dilaporkan kawasan sekitar Perpustakaan Negara di naiki air dan dikatakan merebak sehingga ke ibupejabat Agensi Berita Bernama yang terletak berhampiran.

 

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.

“Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit,” katanya dipetik agensi berita nasional itu.

sumber

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

One thought on “BANJIR TERKINI DI KUALA LUMPUR | GAMBAR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge