BANTUAN BAUCAR BUKU RM200 DI EDAR JANUARI 2012

Number of View: 4636

BANTUAN BAUCAR BUKU RM200 DI EDAR JANUARI,Pada minggu pertama Januari tahun depan,baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.

“Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan,” katanya selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang, dekat sini semalam.

sumber

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “BANTUAN BAUCAR BUKU RM200 DI EDAR JANUARI 2012”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge