BANTUAN RM500 BR1M DI BAYAR MULAI 16 JANUARI

Number of View: 23155

BANTUAN RM500 BR1M DI BAYAR MULAI 16 JANUARI,Sebanyak dua juta orang sudah mengemukakan permohonan masing-masing untuk mendapatkan wang sekali bayar RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam tempoh enam hari sejak ia dibuka pada 10 Disember lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kesemua permohonan itu sedang diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menentukan kelayakan mereka.jumlah pemohon seramai dua juta orang itu membentuk 61.5 peratus daripada 5.2 juta isi rumah yang layak menerima manfaat BR1M.

Menurut menteri kewangan,proses melibatkan 5.2 juta permohonan itu dapat disempurnakan dalam tempoh sebulan sehingga 10 Januari depan.

Pada pembentangan Bajet 2012, Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bayaran akan dibuat mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula 10 Disember lalu hingga 10 Januari depan.

Ahmad Husni berkata, pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah.pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Ahmad Husni berkata, bagi memudahkan lagi proses permohonan, borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama esok selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

Katanya, mereka yang berdaftar dengan program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Bagaimanapun, Ahmad Husni menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak terperdaya dengan pengedaran borang permohonan palsu yang telah ditokok tambah seperti meminta nombor akaun bank.

sumber

 

UPDATE:

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA DIBAYAR 15 JANUARI | BR1M TERKINI

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

4 thoughts on “BANTUAN RM500 BR1M DI BAYAR MULAI 16 JANUARI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge