GAMBAR MATA WANG RINGGIT MALAYSIA BARU 2012 | Jokegurl.Com

GAMBAR MATA WANG RINGGIT MALAYSIA BARU 2012

Number of View: 23168

GAMBAR MATA WANG RINGGIT MALAYSIA BARU 2012 ,Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam di samping peningkatan ciri-ciri keselamatan berteknologi terkini.

Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 baharu sudah berada di pasaran.Wang syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu akan diedarkan Januari depan.

“Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk pembuatan wang kertas denominasi RM1 dan RM5 manakala selebihnya menggunakan kertas.

Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro,” menurut BNM dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu menyebut, ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi.

sumber:kosmo dan utusan

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge