GENGSTER MATI DIBUNUH KERANA REBUT KAWASAN | KONGSI

Number of View: 8872

GENGSTER MATI DIBUNUH KERANA REBUT KAWASAN | KONGSI, Pertikaian untuk merebut kawasan di antara dua kumpulan gengster disyaki menjadi motif utama seorang anggota kumpulan samseng bergelar Geng 24 mati selepas terkena 10 das tembakan yang dilepaskan oleh lima lelaki di Flat Laksamana Jaya, Batu Caves di sini kelmarin.

S. Murgeso, 46, atau lebih terkenal sebagai Murugis dalam kalangan samseng di sini ditemui mati pada pukul 11.30 malam setelah ditembak di badan, dada dan dahi.Difahamkan, buruh berkenaan dikatakan samseng yang semakin mendiamkan diri daripada terlibat dengan mana-mana perkelahian sejak tamat menjalani hukuman buang daerah pada tahun 2000.

Bagaimanapun, nafsu yang membuak untuk berebut kawasan dikatakan telah mendorong kumpulan gengster lain bergelar Geng 36 untuk menyerang Murgeso.

Sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta Toyota Vios hitam tiba di flat berkenaan untuk mengambil seorang wanita, S. Krishnarni, 40.Sebaik wanita itu membuka pintu penumpang hadapan, lima penjenayah memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol separa automatik meluru ke arah kereta berkenaan lalu melepaskan 11 das tembakan.

 

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “GENGSTER MATI DIBUNUH KERANA REBUT KAWASAN | KONGSI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge