KHIR TOYO DI JATUHKAN HUKUMAN PENJARA SETAHUN | MAHKAMAH

Number of View: 2963

KHIR TOYO DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA SETAHUN | MAHKAMAH,Bekas Menteri Besar selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhkan hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam,seperti yang dilaporkan oleh Bernama.com.Khir toyo dijatuhkan hukuman itu di atas tuduhan mendapatkan dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di seksyen7  shah alam empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut seksyen 165 kanun keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu mahkamah memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.keputusan itu dibuat menurut seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagaimanapun, Mahkamah Membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan perlucutan hak sementara menunggu rayuan.

Khir Toyo,46,dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri,Zahrah Kecik,46,suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di no 8&10,jalan suasa 7/1L disini daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya,Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di seksyen 7 itu diperoleh dengan harga Rm3.5 juta,sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23dis 2004 dengan harga rm6.5 juta.Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh Dr khir toyo mengetahui bahawa shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir,yang juga ahli undangan negeri kawasan sungai panjang ,didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1,seksyen 7 shah alam pada 29 mei 2007.

 

 

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “KHIR TOYO DI JATUHKAN HUKUMAN PENJARA SETAHUN | MAHKAMAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge