LISA SURIHANI DAN YUSRI BERKAHWIN 23 FEBRUARI 2012

Number of View: 13400

LISA SURIHANI DAN YUSRI BERKAHWIN 23 FEBRUARI 2012,SEJAK berkawan rapat dan bercinta, hubungan aktres Lisa Surihani Mohamed, 25, dan pengarah, pelakon serta penyanyi terkenal Yusry Abdul Halim, 37, menjadi perhatian media dan peminat.Tidak sampai setahun mengulit cinta, pasangan itu telah bersedia untuk mengikat ikatan perkahwinan antara mereka.

Selepas terbocor berita Yusry telah menempah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sebuah majlis pada bulan Februari tahun hadapan, spekulasi perkahwinan pasangan ini mula muncul.Lisa mengunci mulutnya dan menyerahkan segala jawapan kepada Yusry. Bagaimanapun Yusry turut enggan menjawab segala pertanyaan mengenai perkahwinan kerana sibuk dengan penggambaran filemVikingdom ketika itu.

Akhirnya, pada pagi Sabtu lalu Lisa dan Yusry telah mengumumkan berita pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari tahun hadapan pada sidang akhbar bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya.

“Kami akan bernikah selepas Asar pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dan mengadakan majlis resepsi kedua-dua belah pihak pada 26 Februari di PICC,” kata Lisa.

Menurut Yusry, dia bukan sengaja untuk menyembunyikan hari bahagianya daripada pengetahuan umum sebelum ini. Sebaliknya ketika khabar angin perkahwinan mereka timbul, baik pihak Yusry mahupun Lisa belum ada sebarang keputusan yang konkrit.

Namun, selepas majlis merisik berlangsung di rumah Lisa pada malam Jumaat lalu (23 Disember), barulah Yusry berasa sesuai untuk umumkan berita penting itu.

“Saya pernah cakap saya akan beritahu apabila tiba masanya. Sekarang selepas merisik dan menghantar cincin tanda baru saya rasa sesuai untuk umumkan tarikh perkahwinan kami.

Sebelum ini, perbincangan secara rasmi antara keluarga belum berlangsung, saya sibuk dengan penggambaran filem Vikingdom sebab itu saya berdiam diri, bukannya ingin menyembunyikan hal sebenar,” balasnya yang baru sahaja menamatkan penggambaran filem Vikingdom pada 20 Disember lalu.

Bercakap mengenai tarikh 23 Februari yang dipilih sebagai tarikh keramat dalam kehidupan mereka, ujar Yusry tarikh itu dipilih simbolik kepada tarikh lahir Lisa yang jatuh pada 23 Mac tambahan mereka juga mempunyai kelapangan waktu itu.

“Kami amat berhati-hati ketika memilih tarikh pernikahan kerana jika kami buat 25 Disember orang kata kami nak sambut Krismas, kalau 14 Februari macam nak sambut Valentine.

“Kebetulan Lisa akan mula penggambaran filem Ular pada 3 Januari depan dan tarikh 23 Februari elok buat kami berdua mempunyai kelapangan selain simbolik kepada tarikh hari lahir Lisa,” kata Yusry.

 MAJLIS PERNIKAHAN LISA SURIHANI DAN YUSRI

Tahniah jokegurl ucapkan kepada lisa dan yusri kerana akan bergelar suami isteri tidak lama lagi.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , ,

0 thoughts on “LISA SURIHANI DAN YUSRI BERKAHWIN 23 FEBRUARI 2012”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge