OPSYEN SPBA PENJAWAT AWAM DI LANJUTKAN SEHINGGA 15 JANUARI

Number of View: 3661

OPSYEN SPBA PENJAWAT AWAM DI LANJUTKAN SEHINGGA 15 JANUARI,Jabatan perkhidmatan awam (JPA) bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim saraan baru perkhidmatan awam sehingga 15 januari depan.Namun begitu tempoh untuk opsyen bagi persaraan 60 tahun masih kekal sehingga 30 disember 2011 ini.

Sebelum ini penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SPBA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Rundingan pihak cuepacs dan Jabatan perkhidmatan awam (JPA),mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SPBA dan lima isu termasuk “exit policy” turut dibincangkan.Bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opyen SPBA tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SPBA masih berjalan seperti biasa cuma tempohnya akan dilanjutkan.

sementara itu presiden cuepacs berkata,rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan untuk penjawat awam menandatanganinya.Lima perkara yang dibangkitkan cuepacs ternyata selesai,apabila mendapat hak rundingan awal,disusuli dengan rundingan 3 bulan sekali khusus berhubung SPBA dan rundingan akan di adakan sehingga perkara berbangkit dapat diselesaikan bersama.

Rundingan itu juga bersetuju untuk  melakukan penambahbaikan gred iaitu bagi gred 17 dalam kumpulan pentadbiran dan keselamatan khususnya Jabatan pengangkuta jalan (JPJ),Jabatan Bomba dan Jabatan imigresen.

menurut Omar,kita sudah bersetuju dalam tempoh 3 bulan ini akan membuat semakan semula,akan melakukan kajian menyeluruh dan diharap semua bersabar.

mengenai “exit Policy”,rundingan itu mencapai persetujuan supaya wakil cuepacs hadir dalam panel di JPA sebagai pemerhati sebelum seseorang penjawat awam itu dikenakan tindakan.Langkah itu di ambil bagi mengelak sebarang ketidakadilan atau kejadian dianiaya dan sebelum dibersarakan awal,wakil cuepacs akan hadir sebagai pemerhati untuk memberi pandangan.

“kita dah berunding,jadi,jabatan tidak boleh membersarakan kakitangan dibawah exit policy.jabatan hanya akan melaporkan kepada JPA mengenai masalahnya,dan di JPA nanti,cuepacs akan hadir sebagai pemerhati,dan di situ kita akan selesaikan”ujar presiden cuepacs.

Omar berkata satu taklimat akan diadakan pada minggu hadapan antara Cuepacs dan ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan sri Abu Bakar Abdullah.Taklimat itu berhubung kenaikan gaji 7 hingga 13 % yang di dapati tidak begitu jelas mengenai golongan penjawat awam yang akan menikmati kenaikan tersebut sama ada dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.

sumber:bernama

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “OPSYEN SPBA PENJAWAT AWAM DI LANJUTKAN SEHINGGA 15 JANUARI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge