PEKELILING SBPA GAJI KAKITANGAN AWAM | Jokegurl.Com

PEKELILING SBPA GAJI KAKITANGAN AWAM

Number of View: 89793

PEKELILING SBPA UNTUK KAKITANGAN AWAM, Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)  yang telah ditunggu-tunggu oleh semua kakitangan awam sudah pun dikeluarkan di web Khas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Pekeliling itu yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.Namun begitu Lampiran c yang melibatkan Tangga gaji baru SBPA masih belum lagi dikeluarkan.Nanti kalau sudah ada update terbaru untuk Tangga gaji,jokegurl akan updatekan disini dan diharap semua bersabar ya.Dekat bawah ni ada satu sifir gaji yang jokegurl dapat,tapi tak dapat nak disahihkan lagi,apa pun boleh lah korang tengok sebagai pengubat hati,sebab dah mencari dari pagi tadi

 

Senarai Pautan

SBPA UMUM

SBPA GURU

SBPA PDRM 

Jadual Gaji Bagi Guru

JADUAL GAJI UNTUK SKIM (N)

N11 -(RM) 850 – 930 – 1010 – 1090 – 1170 – 1250 – 1330 – 1410 – 1490 – 1570 – 1650 – 1730 – 1810 – 1890 – 1970 – 2050 – 2130 – 2210 – 2290 – 2370 – 2450
N17 -(RM) 955 – 1050 – 1145 – 1240 – 1335 – 1430 – 1525 – 1620 – 1715 – 1810 – 1905 – 2000 – 2095 – 2190 – 2285 – 2380 – 2475 – 2570 – 2665 – 2760 – 2855
N22 – (RM) -1920 – 2035 – 2150 – 2265 – 2380 – 2495 – 2610 – 2725 – 2840 – 2955 – 3070 – 3185 – 3300 – 3415 – 3530
N27 – (RM) 1410 – 1555 -1700 – 1845 – 1990 – 2135 – 2280 – 2425 – 2570 – 2715 – 2860 – 3005 – 3150 – 3295 – 3440 – 3585 – 3730 – 3875 – 4020 – 4165
N36 – (RM) 3035 – 3215 – 3395 – 3575 – 3755 – 3935 – 4115 – 4295 – 4475 – 4655 – 4835 – 5015 – 5195 – 5375 – 5555
N41 – (RM) 1925 – 2155 – 2385 – 2615 – 2845 – 3075 – 3305 – 3535 – 3765 – 3995 -4225 – 4455 – 4685 – 4915 – 5145 – 5375 – 5605 – 5835 – 6065 – 6295
N44 – (RM) 2985 – 3235 – 3485 – 3735 – 3985 – 4235 – 4485 – 4735 – 4985 – 5235 – 5485 – 5735 – 5985 – 6235 – 6485 – 6735 – 6985 – 7235
N48 – (RM) 4390 – 4660 – 4930 – 5200 – 5470 – 5740 – 6010 – 6280 – 6550 – 6820 – 7090 – 7360 – 7630 – 7900 – 8170 – 8440 – 8710
N52 – (RM) 5260 – 5550 – 5840 – 6130 – 6420 – 6710 – 7000 – 7290 – 7580 – 7870 – 8160 – 8450 – 8740 – 9030 – 9320 – 9610
N54 – (RM) 7025 – 7345 – 7665 – 7985 – 8305 – 8625 – 8945 – 9265 – 9585 – 9905 – 10225 – 10545 – 10865 – 11185 – 11505

 

STRUKTUR GAJI

Gaji Single Point

  • 27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
    Gaji Minimum – Maksimum
  • 28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris

  • 29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
  • 30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • 30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
  • 30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
  • 30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
  • 31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.

Prinsip Pemindahan Gaji

  • 32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

  • 33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
  • 36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
  • 37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
  • 38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
  • 38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
  • 38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
  • 39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
  • 39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
  • 39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
  • 39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
  • 39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
  • 39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan

  • 40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

  • 41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
  • 42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
  • 43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
  • 43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
  • 43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
  • 43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)

  • 44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
  • 45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
  • 46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.

 

Incoming search terms:

2 Responses to PEKELILING SBPA GAJI KAKITANGAN AWAM

  1. SITI HAJAR BAHARIM says:

    LAMPIRAN C MASIH BELUM TERTERA KENAPA YA MASIH RAHSIA LAGI

  2. laila says:

    hope lampiran c keluar cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge