VIDEO CIKGU SHIDA DI YOUTUBE DI GODAM

Number of View: 6603

VIDEO CIKGU SHIDA DI YOUTUBE DI GODAM,Ratu “miming” Roshida Abd Aziz atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Shida tidak menyangka ada pihak yang sanggup menggodam dan memadamkan video miming yang melonjakkan namanya.penggodam yang berjaya mengesan kata laluan miliknya memadamkan video miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga mencecah sejuta pengunjung itu.

Cikgu Shida berkata,Saya kesal dan sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana hasil kerja seni saya terpadam begitu saja.

“Namun saya tidak patah hati dengan kejadian itu yang berlaku dua bulan lalu. Peminat bagaimanapun boleh menyaksikan video itu di blog baru saya iaitu ‘Cikgu Shida Miming Art’ menggantikan ‘Cikgu Shida dari Parit’,” katanya.

Cikgu Shida yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, dekat sini, berkata melalui blog itu peminat boleh melihat 67 klip video miming nyanyian pelbagai artis popular tanah air, termasuk dari Indonesia.

 

Siapalah yang sanggup memusnahkan hasil karya cikgu shida ni,apa pun jokegurl harap,cikgu shida teruskan usaha di masa-masa akan datang.

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

2 thoughts on “VIDEO CIKGU SHIDA DI YOUTUBE DI GODAM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge