APA ITU PENYAKIT JANTUNG | INFO KESIHATAN

Number of View: 11106

APA ITU PENYAKIT JANTUNG | INFO KESIHATAN,Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan “serangan sakit jantung”.

FAKTOR PENYEBAB PENYAKIT JANTUNG

  • Asap Rokok
  • Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Kurang bersenam
  • Darah Tinggi
  • Kencing Manis

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih “white meat” seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah “red meat” seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

One thought on “APA ITU PENYAKIT JANTUNG | INFO KESIHATAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge