DATUK DR HASAN ALI DIPECAT DARI PAS | TERKINI

Number of View: 4500

DR HASAN ALI DIPECAT DARI PAS | TERKINI,Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta merta.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily hari ini berkata, keputusan memecat Dr. Hasan dibuat pada mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9).

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan tindakan-tindakan Dr. Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Katanya, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam mesyuarat itu.

sumber

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , ,

0 thoughts on “DATUK DR HASAN ALI DIPECAT DARI PAS | TERKINI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge