GANGGUAN BEKALAN AIR DI NEGERI SEMBILAN | TERKINI

Number of View: 4711

GANGGUAN BEKALAN AIR DI NEGERI SEMBILAN | TERKINI,Beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air pada 10 Januari ini akibat kerja penyelenggaraan loji rawatan air, pengalihan serta pembaikan paip bocor.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan air di beberapa kawasan di ketiga-tiga daerah itu adalah dari 8 pagi 10 Januari hingga 8 pagi keesokannya.

Di daerah Port Dickson, ia melibatkan kawasan Bukit Palong, Bukit Pelandok hingga Tanah Merah, Pekan Port Dickson hingga Lukut, Spring Hill, Pekan Port Dickson hingga Batu 4 Jalan Pantai dan Sua Betong hingga ke Air Kunig.

Daerah Seremban pula membabitkan seluruh kawasan Rantau dan kawasan S2 Heights manakala daerah Rembau melibatkan Estet Hentian Tinggi, Taman Chembong Utama, IPD Chembong, Sekolah Teknik Chembong, Halal Park, Tol Plaza Pedas-Linggi, Jalan Merbau 9, Kampung Minching A, Taman Pinggiran Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri, Jalan Tok Samad, Jalan Tanjung Semut, Taman Pedas Indah, Kampung Sungai Ibor, Minching Lama, Minching Baru, Kampung Anak Air Kundur, Sekolah Kebangsaan Pedas, ILP Pedas, Seberang Batu 1 dan 2, Kampung Sungai Batu, Pedas Batu 1, 2 dan 3 serta Kampung Sungai Lalah.

Azlan berkata, bekalan dijangka pulih secara berperingkat.

“Beberapa kawasan tinggi juga dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa,” katanya sambil meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. — BERNAMA

 

Tags: , , , , , , , ,

One thought on “GANGGUAN BEKALAN AIR DI NEGERI SEMBILAN | TERKINI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge