KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH DI SINGAPURA | 28/1/2012

Number of View: 3247

KUALA LUMPUR – Kumpulan rock legenda tanah air, Search membuktikan Konsert Fenomena 30 Tahun Search tidak setakat diadakan di Malaysia sahaja, sebaliknya ia akan diteruskan di Singapura pada 28 Januari ini.Menurut bassis Search, Nasir Daud, konsert di negara seberang Tambak Johor itu adalah yang terbesar pernah mereka adakan sejak kumpulan rock tersebut ditubuhkan tiga dekad yang lalu di Johor Bahru, Johor.

“Pada Konsert yang akan diadakan di Stadium Tertutup, Singapura pada 28 Januari ini Search akan menjemput sebuah kumpulan undangan mungkin XPDC bagi memeriahkan lagi konsert itu nanti,” katanya sewaktu ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan di Tawau, Sabah itu, Search baru sahaja selesai mengadakan Konsert Fenomena 30 Tahun Search dengan disaksikan 5,000 penonton dan seterusnya di Stadium Kuching, Sarawak pada 31 Disember lalu.Sewaktu di Kuching, Search yang turut dianggotai oleh Amy (vokalis), Yazit (dram), Din (gitaris) dan Kid (gitaris) berjaya menarik hampir 10,000 penonton di mana ia adalah siri terakhir konsert itu untuk tahun lepas.

Tambah Nasir, konsert Search di Singapura itu diadakan berdasarkan sambutan para peminat terhadap beberapa konsert mereka yang diadakan di Semenanjung Malaysia pada Oktober hingga Disember tahun lalu.

“Sepanjang tahun 2011 semua konsert Search mendapat sambutan para peminat. Contohnya pada 20 Disember lalu konsert Search di Mines, Seri Kembangan, Selangor ditonton hampir 15,000 penonton,” ujarnya.

Sewaktu konsert di Singapura kelak, kata Nasir Search akan menyanyikan sekitar 25 lagu-lagu yang hampir sama seperti konsert-konsert sbeelumnya antaranya berjudul Rozana, Bisa, Isi Dan Kulit dan Balada Pemuzik Jalanan. – mynewshub.my

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

One thought on “KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH DI SINGAPURA | 28/1/2012”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge