PELUMBA BASIKAL WANITA MARIANA MOHAMED KEMALANGAN DI PUTRAJAYA | SKUAD BASIKAL

Number of View: 6005

PELUMBA BASIKAL WANITA MARIANA MOHAMED KEMALANGAN DI PUTRAJAYA | SKUAD BASIKAL.Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.

Jurucakap polis Putrajaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kejadian tersebut.kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.

Kenderaan berkenaan dipercayai memasuki laluan pelumba selepas cuba memintas sebuah kenderaan lain yang berhenti di hadapan setelah diarahkan polis memberi laluan kepada kumpulan berbasikal yang berlatih itu.Jurucakap itu berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa namun tiada tangkapan dibuat.

Akibat kemalangan, Mariana menerima rawatan segera di unit rawatan kecemasan Hospital Putrajaya sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Damansara pada sebelah petang bagi menjalani pembedahan. Tiga pelumba lain yang cedera ringan itu dirawat sebagai pesakit luar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abd Wahab ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk sesi latihan tersebut.

“Kami mengambil langkah kawalan yang cukup termasuk mendapatkan khidmat 10 anggota polis dan ‘marshall’,” katanya. — BERNAMA

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “PELUMBA BASIKAL WANITA MARIANA MOHAMED KEMALANGAN DI PUTRAJAYA | SKUAD BASIKAL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge