PENGAKUAN IBU NUR AMALINA CHE BAKRI | TERKINI

Number of View: 11703

PENGAKUAN IBU NUR AMALINA CHE BAKRI | TERKINI,“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.

Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook. 

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. 

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

sumber:Metro

 

JOKEGURL:Ni pengakuan yang dibuat oleh ibu Nur amalina,harap pengakuan ibu nur amalina ini dapat meredakan keadaan cerita berkenaan gambar nur amalina yang tersebar luas di internet sekarang ini.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

One thought on “PENGAKUAN IBU NUR AMALINA CHE BAKRI | TERKINI”

  1. Pingback: GAMBAR NUR AMALINA CHE BAKRI PELAJAR CEMERLANG SPM | GAMBAR TERKINI -

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge