SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA DIBUKA ISNIN | SARA 1M

Number of View: 7208

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA DIBUKA ISNIN | SARA 1M, Sebanyak 100,000 isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 di seluruh negara berpeluang untuk membuat pelaburan melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1M) yang akan dibuka mulai Isnin ini.Golongan tersebut boleh membuat pelaburan dengan membuat pinjaman sehingga RM5,000 melalui empat buah bank yang dilantik iaitu Maybank, CIMB, RHB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, skim tersebut tidak boleh dianggap sebagai skim cepat kaya namun, ia dilihat langkah terbaik mendidik mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur demi masa depan.

Menurut beliau, Sara 1M tidak membebankan pelabur kerana mereka boleh membuat pinjaman di bank-bank terpilih tanpa perlu membayar faedah untuk tempoh lima tahun pinjaman berkenaan.

“Pulangan pelaburan bagi skim ini pula sebanyak 32.16 peratus memandangkan peminjam hanya perlu membayar RM84 daripada pulangan sebanyak RM124 sebulan yang bakal diperoleh dan mereka bakal untung sebanyak RM50,” katanya.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , , ,

One thought on “SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA DIBUKA ISNIN | SARA 1M”

  1. Salam 1 Malaysia,

    Saya ingin bertanya tentang Saraan 1 Malaysia bagi mereka yang berpendapatan dibawah RM3000.Saya sudah bertanya kepada Pegawai Maybank tentang permohonan saya,mereka berkata permohonan saya gagal.Jadi,saya ingin bertanya kenapa saya tidak layak untuk permohonan itu,sedangkan ada segelintir yang berjaya,telah menipu dokumen mereka semata-mata untuk layak mendapat permohonan itu.Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang sebanyak RM500,saya telah dapat(Terima Kasih).

    Saya berharap pihak Tuan dapat menyemak permohonan saya.Ini kerana saya berharap sangat Skim 1 Malaysia ini dapat membantu saya dan keluarga saya serta dapat menabung dalam masa 5 Tahun ini.(Jamaludin Bin Md Ali 800531-01-5187) No HP: 019-7279994

    Sekian, Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge