SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA DILANCARKAN | SARA 1MALAYSIA

Number of View: 13031

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA DILANCARKAN | SARA 1MALAYSIA,Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) semalam bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan keluarga.

Perdana Menteri berkata, skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya, ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.

Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya bermula 30 Januari ini melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.

“Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan,” katanya ketika melancarkan skim tersebut di sini semalam.

sumber

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA DILANCARKAN | SARA 1MALAYSIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge