SKIM PEMBIAYAAN KHAS PERUMAHAN AWAM BEROPERASI 1MAC | PPR-MTEN

Number of View: 7193

SKIM PEMBIAYAAN KHAS PERUMAHAN AWAM BEROPERASI 1MAC | PPR-MTEN,Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam akan mula beroperasi 1 Mac ini bagi membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara.Skim itu dilaksanakan di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan juga Perumahan Awam DBKL.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Jemaah Menteri pada 18 Januari lalu bersetuju dengan skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar itu.

Beliau berkata, ia akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Melalui skim khas ini, masalah memperoleh pinjaman diyakini dapat diatasi dan membantu keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.

“Saya yakin melalui skim ini, bakal pembeli akan lebih mudah membeli dan memiliki rumah serta dapat mengatasi pelbagai kerenah dalam memperoleh pinjaman yang dihadapi selama ini,” katanya ketika berucap pada pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. – BERNAMA

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “SKIM PEMBIAYAAN KHAS PERUMAHAN AWAM BEROPERASI 1MAC | PPR-MTEN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge