18 ORANG PEMAIN BOLA SEPAK TERLIBAT RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK | Jokegurl.Com

18 ORANG PEMAIN BOLA SEPAK TERLIBAT RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK

Number of View: 6560

18 ORANG PEMAIN BOLA SEPAK TERLIBAT RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK,PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengenalpasti 18 pemain dan seorang jurulatih yang didapati terbabit dalam skandal rasuah pada saingan Liga Malaysia musim lepas.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjelaskan bahawa pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.

“Hukuman tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan serta nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM.

“Pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai nama mereka akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur semalam.

“Ini membuktikan keseriusan FAM untuk memerangi gejala rasuah dalam bola sepak. Saya berharap ia akan memberi pengajaran kepada pemain dan pegawai yang terlibat dalam semua kejohanan kelolaan FAM,” titah baginda.

Pemain-pemain terbabit terdiri daripada enam pemain dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam) dan pasukan MP Muar (enam).

Terdahulu, Tengku Abdullah telah menyampaikan sumbangan kepada dua badan kebajikan NCWO Negeri Sembilan dan Yayasan Kemiskinan Kelantan dan mereka masing-masing menerima cek bernilai RM50,000 hasil kutipan tiket daripada Piala Sumbangsih 2012.

Pada awal bulan lalu, saingan bola sepak tempatan turut dikejutkan dengan aktiviti mengatur perlawanan membabitkan perlawanan antara Perlis dengan Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) dalam aksi pembukaan Liga Premier musim 2012.

Pada perlawanan tersebut, pemain Perlis yang dibelasah sehingga tujuh gol oleh MP Muar mengakui terdapat penglibatan bookie dalam mengatur keputusan perlawanan tersebut.

Tidak mahu gejala tersebut berlarutan, Presiden Persatuan Bola Sepak (PFA) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengambil tindakan segera mengadakan perjumpaan dengan semua pemain selepas perlawanan tersebut yang membawa kepada pengakuan bahawa terdapat segelintir pemain dipancing oleh seorang bookie.

Ekoran pengakuan tersebut, beberapa pemain Perlis telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tunjuan penyiasatan.

Setakat ini, kes membabitkan pemain Perlis masih dalam proses penyiasatan.

sumber

Incoming search terms:

One Response to 18 ORANG PEMAIN BOLA SEPAK TERLIBAT RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK

  1. renjod says:

    semoga lebih bertamadun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge