CARA PENDAFTARAN UNTUK MENGUNDI | DAFTAR PEMILIH | Jokegurl.Com

CARA PENDAFTARAN UNTUK MENGUNDI | DAFTAR PEMILIH

Number of View: 8096

CARA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI

Pemilih Biasa

  • Datang sendiri kemana-mana pusat pendaftaran
  • serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  • semak borang pendaftaran yang telah di isikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan.
  • menurunkan tandatangan selepas berpuashati.
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran,rang daftar pemilih tambahan nanti

 

Untuk Pengundi Tidak Hadir

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM,untuk mendaftar sebagai PTH,anda perlu:

  • Menghubungi Petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP
  • serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  • apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  • turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati
  • dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

  • Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  • Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

 

Warganegara Malaysia yang Berada di Luar Negara

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

  • datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
  • serahkan MyKad anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  • nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
  • semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan.
  • turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati.
  • dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

sumber

Incoming search terms:

One Response to CARA PENDAFTARAN UNTUK MENGUNDI | DAFTAR PEMILIH

  1. Negara aman damai tiada rusuhan berbilang kaum diantara satu sama lain,peruntukan perlembagaan yang kukuh dan cermelang,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge