DJ IKIMFM ABDUL RAZAK ARBAIN MENINGGAL DUNIA | AL-FATIHAH

Number of View: 8458

DJ IKIMFM ABDUL RAZAK ARBAIN MENINGGAL DUNIA | AL-FATIHAH,Salam hormat dan salam satu malaysia,ikimfm pada awal pagi tadi menerima berita menyedihkan,apabila penyampai radio Dj Abdul Razak Arbain telah kembali ke rahmatullah.difahamkan beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya.Beliau meninggal dunia ketika berusia 46tahun.

Arwah Abdul Razak Arbain merupakan Dj di Ikimfm sambilan sejak dari 3 julai 2006.Arwah razak arbain cukup disukai peminat kerana mesra melayan setiap panggilan peminat dan mendengar pemintaan mereka.dikalangan rakan sekerja abdul razak arbain dikatakan seorang yang suka membantu orang lain yang memerlukan pertolongan.Ini diakui sendiri oleh Pengarah Radio IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad, bahawa arwah adalah antara rakan sekerja yang terbaik dan sentiasa mudah mengikut arahan.

Pemergian  Allahyarham merupakan satu kehilangan besar untuk IKIMfm dan bukan sahaja ditangisi oleh rakan sekerja tetapi oleh ribuan pendengar setia IKIMfm dan peminat beliau yang sentiasa ternanti-nanti kemunculan beliau di ruang udara. Beliau pernah mengendalikan segmen Sembang Pagi sebelum dijadualkan bertugas dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. Susulan dari penjadualan siaran berkuatkuasa 1 Januari 2012, beliau telah ditugaskan dalam slot Dinihari jam 2-6 pagi.

Arwah yang dilahirkan pada 13march 1966 meninggalkan seorang balu,Rosnani binti Haji Dali dan tiga orang anak, 2 perempuan dan seorang lelaki.

Marilah kita bersama-sama hadiahkan al-fatihah untuk allahyarham dan semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

sumber:IKIMFM

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “DJ IKIMFM ABDUL RAZAK ARBAIN MENINGGAL DUNIA | AL-FATIHAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge