FAM DEDAH PEMAIN BOLA SEPAK TERLIBAT RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK

Number of View: 6683

FAM DEDAH PEMAIN BOLA SEPAK TERLIBAT RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK,Segala teka-teki mengenai hukuman yang bakal dikenakan ke atas seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan 2011 yang didakwa terlibat dalam gejala rasuah akhirnya terjawab.

Semua individu terbabit dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah.Penggantungan tersebut berkuat kuasa sejak 30 November tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, siasatan yang dilakukan Jawatankuasa Tatatertib badan induk sukan bola sepak negara itu ke atas pegawai dan para pemain terbabit mendapati terdapat unsur-unsur rasuah dan gejala mengatur perlawanan melibatkan pasukan berkenaan.

Kenyataan itu turut menyebut pemain dan pegawai Piala Presiden pasukan SDM Pulau Pinang, Johor MP Muar dan Terengganu T-Team 2010 turut digantung sementara sehingga mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang akan datang.

 

>>>SENARAI PEMAIN YANG TERLIBAT<<<

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , ,

0 thoughts on “FAM DEDAH PEMAIN BOLA SEPAK TERLIBAT RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge