ROTARIX DAN ROTATEQ VAKSIN UNTUK AKUT GASTROENTERITIS | AGE

Number of View: 3929

ROTARIX DAN ROTATEQ VAKSIN UNTUK AKUT GASTROENTERITIS (AGE),bu bapa khususnya di kawasan tercemar di Hilir Perak dinasihatkan agar mendapatkan suntikan vaksin rotavirus untuk anak-anak mereka bagi mengelakkan jangkitan virus yang menjadi punca utama wabak cirit-birit atau akut gastroenteritis (AGE).Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Pusat Perubatan KPJ Selangor, Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, vaksin tersebut yang dikenali dengan nama Rotarix dan RotaTeq hanya boleh didapati di klinik serta hospital-hospital swasta.

“Bagaimanapun, buat masa ini, saya difahamkan bahawa vaksin tersebut masih belum boleh didapati di mana-mana farmasi atau hospital dan klinik-klinik kerajaan.

“Selain itu, ibu bapa juga perlu diingatkan bahawa vaksin ini hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah sahaja kerana ia boleh mendatangkan komplikasi tertentu jika diberikan kepada bayi yang lebih dewasa,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

sumber

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , ,

0 thoughts on “ROTARIX DAN ROTATEQ VAKSIN UNTUK AKUT GASTROENTERITIS | AGE”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge