KAD DISKAUN MAHASISWA ? | Jokegurl.Com

KAD DISKAUN MAHASISWA ?

Number of View: 3340

KAD DISKAUN MAHASISWA ?,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan kad diskaun kepada mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum bulan Jun tahun ini.Kad diskaun itu diperkenalkan adalah untuk meringankan beban mahasiswa akibat kenaikan harga barang.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,kementerian kini berbincang dengan pedagang besar yang terlibat dalam perniagaan seperti kedai buku, barangan sukan dan syarikat pengangkutan bagi membolehkan mahasiswa menikmati diskaun apabila membeli-belah.

“Kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pedagang dan kini terdapat tujuh pedagang yang terlibat. Kementerian sedang mempercepatkan proses perbincangan dengan pedagang lain dan kita yakin boleh selesai dalam tempoh terdekat.

“KPDNKK turut bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk mengeluarkan kad diskaun pelajar yang kini dalam proses mereka bentuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan, yang disertai lebih 400 penuntut 122 IPT awam dan swasta di seluruh negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

sumber

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge