MANGKUK TANDAS STESEN LRT MELETUP | STESEN TRANSIT ALIRAN RINGAN

Number of View: 4049

MANGKUK TANDAS STESEN LRT | STESEN TRANSIT ALIRAN RINGAN,Lebih kurang jam 1.15 petang tadi,Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd. Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

“Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun…siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

sumber

 

 

Tags: , , , , , , , ,

0 thoughts on “MANGKUK TANDAS STESEN LRT MELETUP | STESEN TRANSIT ALIRAN RINGAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge