PELARASAN GAJI KAKITANGAN AWAM DIBAYAR APRIL ATAU MAC | CUEPACS

Number of View: 23574

PELARASAN GAJI KAKITANGAN AWAM DIBAYAR APRIL ATAU MAC | CUEPACS,Kakitangan Awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan mac atau bulan April 2012 berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

jadual gaji ssm gred 17

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

 “Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “PELARASAN GAJI KAKITANGAN AWAM DIBAYAR APRIL ATAU MAC | CUEPACS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge