PENGUMUMAN PENTING SKIM SPBA 19 MAC 2012 ? | SKIM SPBA PENJAWAT AWAM

Number of View: 9959

PENGUMUMAN PENTING SKIM SPBA 19 MAC 2012 ?,Pada 19 mac 2012 ini bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil akan berlangsung perhimpunan khas penjawat awam yang akan dihadiri oleh Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Razak.Perhimpunan khas penjawat awam ini di anjurkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).Perhimpunan itu dijangka kan lebih 15000 penjawat awam yang akan hadir.

Dijangkakan pada tarikh 19 mac itu,Perdana Menteri akan membuat pengumuman penting berhubung isu skim baru penjawat awam (SPBA).Pengumuman penting mengenai skim SPBA tentunya ditunggu-tunggu oleh kira-kira 1.3juta penjawat awam.Pihak Cuepacs percaya keputusan terbaik sudah difikirkan Kerajaan Pusat dalam memastikan penjawat awam mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak perlu menunggu masa lebih lama.

Adakah lima tuntutan dari pihak Cuepacs yang mewakili penjawat awam akan diberi oleh pihak kerajaan.diharap pihak kerajaan dapat memenuhi tuntutan dari pihak cuepacs.diharap pengumuman penting yang akan disampaikan Perdana Menteri itu akan mengembirakan semua penjawat Awam.

kita nantikan sama-sama pengumuman dari Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan Skim Baru Penjawat Awam Di Stadium Putra Bukit Jalil 19mac ini.terima kasih kerajaan kerana menyemak semula Skim SPBA

UPDATE:Keputusan kenaikan Gaji Kakitangan Awam

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “PENGUMUMAN PENTING SKIM SPBA 19 MAC 2012 ? | SKIM SPBA PENJAWAT AWAM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge