RUMAH ROSAK RIBUT DI KANGAR | RIBUT TERKINI

Number of View: 3069

RUMAH ROSAK RIBUT DI KANGAR | RIBUT TERKINI,Lebih kurang jam 4.30 petang tadi,Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar.Menurut Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis,tiada kecederaan dilaporkan dalam ribut terkini yang melanda di kangar perlis.

Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini, namun JKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini.Turut mengalami kerosakan ialah gerai-gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang.

Anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok-pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini.Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “RUMAH ROSAK RIBUT DI KANGAR | RIBUT TERKINI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge