SAIFUL APEK POSITIF KANABIS | MAHKAMAH

Number of View: 1913

SAIFUL APEK POSITIF KANABIS | MAHKAMAH,Saifulazam Mohamed Yusoff yang lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif kanabis oleh Mahkamah Petaling Jaya.

Juruteknologi makmal perubatan, Israfel Ismon berkata, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari.

sumber

 

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “SAIFUL APEK POSITIF KANABIS | MAHKAMAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge