63 PESERTA BERSIH DAN 2 ANGGOTA POLIS CEDERA ADA DI HKL | BERSIH 3.0

Number of View: 2907

63 PESERTA BERSIH DAN 2 ANGGOTA POLIS CEDERA ADA DI HKL | BERSIH 3.0,Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 63 pesakit yang menjadi peserta perhimpunan Bersih 3.0 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Prof Datuk Seri Abu Hassan Ashaari Abdullah berkata pihaknya juga merawat dua anggota polis yang cedera ringan ketika bertugas pada perhimpunan itu setelah cedera di kepala dan patah gigi.

Daripada jumlah 65 orang itu, seramai 40 lelaki dan 25 wanita, kebanyakan menerima rawatan akibat kecederaan dan kepenatan ketika menghadiri perhimpunan berkenaan.

Daripada 65 orang itu, tujuh dimasukkan ke dalam wad masalah pernafasan dan kepenatan. Selebihnya menerima rawatan pesakit luar,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata pihak hospital menyediakan 160 kakitangan dan pegawai serta pelbagai kemudahan termasuk makanan kepada pesakit berkenaan.

Pada perhimpunan itu, polis berjaya menghalang percubaan peserta untuk menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh pengadang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan mulai hari ini sehingga 1 Mei.

sumber:Mstar

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “63 PESERTA BERSIH DAN 2 ANGGOTA POLIS CEDERA ADA DI HKL | BERSIH 3.0”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge