BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA HANYALAH KHABAR ANGIN | BOB KUMAN TERKINI

Number of View: 6424

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA HANYALAH KHABAR ANGIN | BOB KUMAN TERKINI,Terkejut mendengar berita bahawa Pelawak kesayangan ramai Bob Kuman meninggal dunia,rupanya berita bob kuman meninggal dunia itu adalah khabar angin dan tidak benar sama sekali.siapa lah yang menyebarkan berita Bob Kuman telah meninggal dunia,perkara macam ni tidak boleh dibuat main-main.

Ramai rakan-rakan artist yang marah dengan penyebaran berita tentang bob kuman meninggal dunia.sumber yang jokegurl dapat dari sini

Jokegurl harap pembaca-pembaca semua tidak mempercayai khabar angin yang mengatakan Bob Kuman meninggal dunia.ini semua adalah khabar angin yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.Marilah kita doakan semoga Bob Kuman cepat sihat dan panjang umur.

UPDATE

KUALA LUMPUR — Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial hari ini disahkan palsu.

Rakan baiknya, Mohd. Razali Harun, 39, berkata, Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.

“Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.

“Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.

Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini merupakan satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

“Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku,” katanya. — BERNAMA

Tags: , , , , , ,

One thought on “BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA HANYALAH KHABAR ANGIN | BOB KUMAN TERKINI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge