KEBAKARAN DI HOTEL LEE GARDENS PLAZA HATYAI | RAKYAT MALAYSIA CEDERA

Number of View: 4651

KEBAKARAN DI HOTEL LEE GARDENS PLAZA HATYAI | RAKYAT MALAYSIA CEDERA,Seramai lima orang terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah hotel semalam di Hatyai semalam, kata beberapa pegawai.Hatyai yang terletak dalam wilayah Songkhla ialah bandar raya terbesar di selatan Thailand yang menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kebakaran berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza yang terletak di pusat bandar Hatyai pada pukul 1 petang waktu tempatan (pukul 2 petang waktu Malaysia).

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan memberitahu, letupan dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di tingkat satu bangunan 33 tingkat itu.sejumlah 11 rakyat Malaysia yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Hatyai.

Bagaimanapun jelasnya, status kecederaan dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

“Pihak kami sedang mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan gas itu. Namun tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Wilayah Songkhla, Grisada Boorach pula memberitahu, empat lelaki dan seorang wanita maut dalam tragedi tersebut, namun identiti masing-masing masih belum dikenal pasti.

sumber

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “KEBAKARAN DI HOTEL LEE GARDENS PLAZA HATYAI | RAKYAT MALAYSIA CEDERA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge