KERETA PENGUATKUASA SPAD DIREMPUH BAS | KEMALANGAN

Number of View: 4293

KERETA PENGUATKUSA SPAD DIREMPUH BAS | KEMALANGAN,Lebih kurang jam 11.45 malam tadi di KM13.8, Lebuhraya Elite arah utara satu kemalangan telah berlaku yang membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekpress membawa pelancong.Kenmalangan itu dikatakan berpunca dari tindakan kenderaan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD, memintas bas terbabit yang dipercayai  dipandu melebihi had laju.

Kereta Proton Inspira SPAD dikatakan terburu-buru memintas bas ekpress yang dipercayai dipandu melebihi had laju.Bas ekpress berkenaan membawa kira-kira 30 pelancong warga Thai,  dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Hatyai.

Namun ketika memasuki lorong kecemasan, sebuah lori kontena gagal mengelak lalu merempuh belakang bas.

Akibatnya, lori terhumban ke arah tebing.

Proton Inspira turut dirempuh bas.

Bagaimanapun empat pengkuatkuasa SPAD, selamat dan tidak cedera.

Pemandu lori dan lima penumpang bas yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Empat lagi kenderaan yang mengekori rapat turut merempuh sesama sendiri.

Punca sebenar nahas sedang disiasat.

sumber

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “KERETA PENGUATKUASA SPAD DIREMPUH BAS | KEMALANGAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge