PELANCARAN PROTON PREVE 2012 | MODEL TERBARU PROTON

Number of View: 3573

PELANCARAN PROTON PREVE 2012 | MODEL TERBARU PROTON,Proton Holdings Bhd telah melancarkan model terbaru proton bagi pasaran global iaitu Proton Preve di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines di Seri Kembangan malam tadi.Majlis pelancaran itu telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.Turut hadir ialah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.Proton Preve keluaran terbaru Proton dilengkapi dengan kemudahan Internet wifi 4G.

Perdana Menteri menyifatkan kereta global itu,bukan sahaja sangat berkualiti malah ciri-ciri keselamatannya diyakini mampu menepati piawaian antarabangsa.Dan lebih membanggakan produk terbaharu Proton itu dijual pada harga yang mampu dibayar oleh rakyat Malaysia.

“Ia juga merupakan perkembangan yang signifikan. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh kakitangan Proton, sokongan kerajaan dan pimpinan Tun Mahathir sebagai penasihat, serta pengurusan yang digabung jalin antara DRB-Hicom dan ProtonProton akan menempa masa depan yang lebih hebat,” kata Najib.

Najib berkata Proton berjaya melakukan transformasi menerusi kualiti kejuruteraan dan prestasi bertaraf global serta pelbagai nilai tambah lain, termasuk kemudahan Internet 4G, sehingga meletakkan Preve sebagai “bertaraf lebih tinggi berbanding kebanyakan kereta lain.”

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “PELANCARAN PROTON PREVE 2012 | MODEL TERBARU PROTON”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge