PROTON PREVE 2012 | MODEL TERBARU PROTON

Number of View: 12540

PROTON PREVE 2012 | MODEL TERBARU PROTON,Preve adalah model terbaru yang dikeluarkan oleh Proton Holdings Bhd memilih “PREVE”.Nama model terbaru proton itu dipilih adalah bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.Nama baru model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

Harga model preve itu dijangka mampu menjana margin keuntungan yang lebih tingi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.Proton Preve dijadual akan dilancarkan bulan ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Proton Holdings Bhd juga yakin kereta baharu global itu mampu mencatat jualan bulanan sebanyak antara 4,000 dan 4,500 unit.PREVE akan terbukti mampu menarik pembeli luar negara, dan untuk itu Proton sedang menguji kereta itu untuk jualan di Asia Tenggara, Australia dan Timur Tengah.

Proton memberi perhatian terhadap ciri-ciri keselamatan, termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori, selain sistem pengendalian, dalam membangunkan kereta global.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “PROTON PREVE 2012 | MODEL TERBARU PROTON”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge