REAL MADRID VS BARCELONA 2012 | LIGA SEPANYOL

Number of View: 3064

REAL MADRID VS BARCELONA 2012 | LIGA SEPANYOL,Dua musuh tradisi, Barcelona dan Real Madrid akan bertembung dalam satu lagi aksi El Clasico awal pagi esok.kedua-dua pasukan itu turun dalam misi memburu tiga mata berharga yang bakal menentukan nasib mereka menjulang trofi juara Liga Sepanyol musim ini.

Real Madrid akan turun di Nou Camp dengan kelebihan empat mata ke atas musuh ketat mereka itu.Sedar hanya kemenangan atau mencatat keputusan seri sahaja yang mampu menghalang dominasi Barcelona, Real bertekad meraih tiga mata penuh, sekali gus mencerahkan peluang mereka bergelar juara liga buat kali pertama dalam tempoh empat musim.

Bulan lalu, Real selesa mendahului Barcelona dengan kelebihan sepuluh mata. Namun, jurang tersebut semakin dekat apabila mereka mencatat keputusan seri dalam tiga daripada tujuh perlawanan terakhir, manakala Barca pula memenangi kesemua 11 aksi terakhir.

Lebih menarik, pertemuan El Clasico awal pagi esok diadakan selepas Real dan Barcelona tewas kepada lawan masing-masing pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.Rabu lalu, Real tunduk 1-2 kepada Bayern Munich di Stadium Allianz Arena, manakala Barcelona gagal menjaringkan gol dalam 24 percubaan ketika kalah 0-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge sehari kemudian.

Dalam usaha mengurangkan tekanan ke atas pemain- pemainnya, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola sekali lagi mengakui bahawa misi mereka untuk menjuarai liga musim ini adalah satu tugas yang mustahil.Sementara itu, jurulatih Real, Jose Mourinho mungkin akan merehatkan beberapa pemain utamanya menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu minggu depan.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “REAL MADRID VS BARCELONA 2012 | LIGA SEPANYOL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge