TAHANAN LARI DARI LOKAP MAHKAMAH | TERKINI

Number of View: 3896

TAHANAN LARI DARI LOKAP MAHKAMAH | TERKINI,Seorang tahanan yang berusia 32 tahun melarikan diri dari Lokap Polis pada pukul 8.20 pagi.Tahanan yang melarikan diri itu berpakaian baju-T berwarna kuning dan berseluar pendek.Tahanan tersebut berjaya melarikan diri ketika pihak polis membawa masuk lebih kurang 50 tahanan lain daripada Penjara Sungai Buloh untuk diserahkan kepada anggota polis yang menguruskan tahanan di mahkamah itu.

Tahanan yang melarikan diri itu sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta atas kesalahan merompak dan menyamar sebagai anggota polis.

Sumber polis memberitahu, polis tidak dapat mengesahkan bagaimana tahanan itu berjaya meloloskan diri dan mereka kini meneliti rakaman kamera litar tertutup di kompleks berkenaan untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “TAHANAN LARI DARI LOKAP MAHKAMAH | TERKINI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge