TITANIC 3D DENRE | MOVIE TRAILER 2012

Number of View: 3565

TITANIC 3D DENRE | MOVIE TRAILER 2012,TIDAK perlu diperkenalkan lagi karya agung James Cameron, Titanic, yang menjadi filem termahal dalam sejarah membabitkan kos AS$200 juta (1996) dengan pulangan kutipan RM5.4 bilion selain keunggulannya sebagai fenomena walau sudah 15 tahun berlalu.

Berbaloi mempertaruhkan gajinya sendiri semata-mata mahu menyiapkan produk yang tertangguh, akhirnya filem epik gah bersandarkan sejarah tenggelamnya kapal persiaran R.M.S Titanic dalam tragedi 15 April 1912 dipertontonkan julung kali pada 1 November 1997 pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo.

Filem: Titanic 3D Denre: Drama, Cinta, Sejarah Arahan: James Cameron Pelakon: Leonardo DiCaprio, Kate Winslet, Billy Zane, Kathy Bates, Frances Fisher, Gloria Stuart, Bill Paxton, Bernard Hill

Genre dipaparkan juga saling melengkapi – dari romantis, aksi, suspen hinggalah drama membuatkan filem yang membolot 11 Oscar itu mampu ‘membeli jiwa’ semua golongan di seluruh dunia.Kini bagai dinanti, genap 100 tahun tragedi kapal mewah menyembah dasar Lautan Atlantik Utara dengan kedalaman 12,378 kaki di bawah paras laut, James tampil bersama versi lebih segar, Titanic 3D.

Segala-galanya masih kekal sama, tetap klasik, cuma format persembahan diadun menerusi format tiga dimensi yang dikatakan lebih hidup, sejajar transformasi teknologi masa kini malah sudah pasti sutradara tersohor itu mahu membawa kembali filem agungnya dalam nafas baru untuk dinikmati pula generasi muda.

Repertoire yang ditonjolkan menerusi Avatar tiga tahun lalu, juga sebuah filem tiga dimensi yang diperkatakan ramai antara cabaran besar bagi untuk memastikan Titanic 3D lebih hebat daripada itu.Jangkamasa setahun bersama 300 pakar grafik juga membabitkan kos lebih RM5 juta bukan kerja mudah, apatah lagi mengadun serta meneliti semula gulungan filem yang sudah bertahun tersimpan dalam arkib sejarah.

Begitupun, bagi peminat atau mereka yang membesar dengan naskhah berseni itu, tidak kira 3D atau filem biasa, faktor dinantikan adalah peluang menyaksikan semula Titanic di layar lebar seperti awal kemunculan dulu.Tidak sama impak tatkala menonton menerusi televisyen walau selebar mana pun skrin kerana kepuasan serta perasaan mengikuti babak dramatik seperti adegan Jack berpesan kepada kekasihnya ketika terapung di laut cukup terkesan sebaik menonton semula filem itu di pawagam.

Apa pun, James hanya mengikuti budaya popular pembikinan filem dunia dengan menerbitkan semula Titanic dalam versi tiga dimensi dan bagi pengikut tegar filem ini, biar disajikan dalam apa jua versi, ia tetap filem klasik yang tidak pudar ditelan zaman.

 

 

Tags: , , , , ,

One thought on “TITANIC 3D DENRE | MOVIE TRAILER 2012”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge