BINTANG RTM 2012 | BRTM 2012

Number of View: 1826

BINTANG RTM 2012 | BRTM 2012,Terkini Format baru program Bintang RTM 2012 (BRTM 2012) dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) menampilkan elemen yang lebih segar dan kontemporari.BRTM 2012 tampil berbeza kerana 16 peserta yang disenarai pendekkan daripada 2000 orang yang menghadiri uji bakat tidak melalui proses penyingkiran mingguan seperti sebelum ini.

16 peserta yang terpilih itu dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana lapan peserta daripada setiap kumpulan akan bersaing secara berasingan pada minggu suku akhir pertama dan kedua (12 & 19 Mei).Penyingkiran hanya akan berlaku pada minggu keempat di mana 12 peserta terbaik akan mara ke peringkat separuh 1 dan 2 (9 dan 16 Jun).Daripada situ, tujuh peserta pula akan disingkirkan bagi memberikan laluan kepada lima peserta untuk mara ke peringat akhir pada 8 Julai depan.

Peserta BRTM pada kali ini menyampaikan lagu-lagu daripada susunan muzik yang baru berbanding muzik asal.

BRTM 2012 yang bermula sejak 5 Mei lalu bersiaran secara langsung pada setiap Sabtu pukul 9 malam di TV2.

 

 

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “BINTANG RTM 2012 | BRTM 2012”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge