HAFIZ JUARA KONSERT AKHIR MANIA | TAHNIAH

Number of View: 1678

HAFIZ JUARA KONSERT AKHIR MANIA | TAHNIAH,Tahniah buat Hafiz awan nano dinobatkan sebagai juara Galaksi Mania siri pertama.Hafiz turut merangkul gelaran Superstar Mania sekali gus menewaskan 4 finalis lain dalam konsert akhir mania yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.

Tempat kedua konsert akhir mania dimenangi oleh Stacy yang merupakan anak didik kepada Datuk M.Nasir. Bekas juara AF6 itu membawa pulang wang tunai RM200,000 beserta trofi Mania.

Manakala tempat ketiga,dimenangi oleh Jaclyn Victor yang merupakan anak didik kepada produser Aubrey Suwito. Juara Malaysian Idol itu membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi Mania.

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “HAFIZ JUARA KONSERT AKHIR MANIA | TAHNIAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge