MARK ZUCKERBERG BERKAHWIN DENGAN PRISCILLA CHAN

Number of View: 1623

MARK ZUCKERBERG BERKAHWIN DENGAN PRISCILLA CHAN,Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan kelmarin.Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu di kediaman Zuckerberg di Palo Alto, California.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung sehari selepas Facebook membuat Tawaran Awam Awal (IPO) bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka.Zuckerberg, 28, memberikan sebentuk cincin batu delima kepada Chan, 27.Para tetamu menjangkakan menghadiri majlis sambutan hari graduan Priscilla, tetapi mereka dikejutkan dengan majlis perkahwinan itu.Antara tetamu yang hadir termasuk Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg.

Pada majlis yang diadakan secara tertutup itu, Zuckerberg memakai sut biru gelap dengan kemeja putih dan bertali leher manakala pasangannya Priscilla chan memakai gaun perkahwinan berwarna putih.

Pasangan tersebut kini menukar status mereka di Facebook sebagai ‘sudah berkahwin’.

Persediaan perkahwinan itu dirancang selama beberapa bulan kerana Zuckerberg menunggu Chan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Sekolah Perubatan San Francisco, Universiti California.Zuckerberg yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Facebook mula berkenalan dengan Chan di Universiti Harvard, AS pada tahun 2004.

Menurut profil Chan, dia merupakan graduan Universiti Harvard pada tahun 2007.Dia kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di Sekolah Harker, San Jose sebelum mengikuti pengajian dalam bidang perubatan.Profil itu turut menyatakan wanita berbangsa Cina-Amerika itu suka memasak.

SUMBER:KOSMO

Tags: , , ,

0 thoughts on “MARK ZUCKERBERG BERKAHWIN DENGAN PRISCILLA CHAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge