SYARIKAT JUALAN LANGSUNG DISERBU DI KAJANG | PROMOSI SKIM PIRAMID

Number of View: 2058

SYARIKAT JUALAN LANSUNG DISERBU DI KAJANG | PROMOSI SKIM PIRAMID,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyerbu sebuah syarikat jualan langsung yang disyaki mempromosi dan menjalankan skim piramid di sebuah hotel di kajang.

Dalam serbuan selama satu jam itu, keadaan menjadi kecoh seketika apabila segelintir peserta tidak berpuas hati kerana sesi pembentangan promosi skim piramid yang sedang dijalankan penganjur, terhenti.

Menurut Pengarah Penguatkuasa, Mohd. Roslan Mahayudin,serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan aduan orang ramai yang didakwa ditipu selepas menyertai skim tersebut.

“Kita syak ada unsur-unsur skim piramid yang diamalkan oleh syarikat ini dan ia sangat meragukan melalui iklan dan risalah yang diedarkan kepada orang ramai.

“Kita percaya skim ini beroperasi dengan menggunakan platform sebuah syarikat yang memiliki lesen jualan langsung dan perniagaan mereka lebih menjurus kepada merekrut peserta berbanding jualan produk,”

Beliau berkata KPDNKK turut merekod data kira-kira 200 peserta hadir, yang rata-rata mereka tidak mengetahui skim tersebut sebenarnya salah dari segi undang-undang.

Mohd. Roslan berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sebuah laptop dan mengambil keterangan daripada penganjur.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

Serbuan itu yang bermula pukul 4 petang, disertai 20 pegawai penguatkuasa KPDNKK

sumber:kosmo

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “SYARIKAT JUALAN LANGSUNG DISERBU DI KAJANG | PROMOSI SKIM PIRAMID”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge