BUAYA BUJANG SELAK BAHAM WANITA DI SERATOK

Number of View: 7347

BUAYA BUJANG SELAK BAHAM WANITA DI SERATOK,Seorang wanita,Siah Munsong, 42,terkorban apabila dia dibaham oleh buaya “Bujang Selak” di seratok.suami wanita tersebut sanggup mengadai nyawa apabila terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan isterinya yang dibaham seekor buaya tembaga dengan ukur lilit perut sebesar tong dram di tebing Sungai Anak.

Namun begitu usaha suaminya gagal menandingi reptilia itu yang dipanggil ‘Bujang Sebelak’, buaya ganas yang dipercayai telah membunuh sekurang-kurangnya dua orang sejak tahun 2010.Kejadian malang dibaham buaya itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang.

Suami mangsa,hanya dapat melihat buaya dianggarkan sepanjang lima meter itu mengheret Siah yang terkapai-kapai di dalam mulutnya ke tengah sungai itu yang juga anak Sungai Sebelak.Mayat wanita itu ditemui tersangkut dalam pukat kira-kira 200 meter dari tempat serangan pukul 9.30 malam kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Saratok.

Menurut suami mangsa,isterinya bersama beberapa penduduk lain sedang mandi-manda di tebing sungai yang pada waktu itu air paras pinggang sementara dia sendiri berada tidak jauh dari situ.tiba-tiba dia terdengar isterinya menjerit minta tolong dan dia ternampak seekor buaya besar yang buta mata kirinya membaham betis kanan isterinya dan menariknya ke dalam air.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “BUAYA BUJANG SELAK BAHAM WANITA DI SERATOK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge