CHIN PENG SAKIT TENAT DI BANGKOK

Number of View: 4472

CHIN PENG SAKIT TENAT DI BANGKOK,Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Bangkok dilaporkan berada dalam keadaan tenat di sebuah hospital di ibu kota Thailand itu.Menurutblog zamkata.blogspot.com , Chin Peng telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Bangkok dari rumahnya yang terletak di luar ibu kota negara Gajah Putih itu setelah keadaan kesihatannya semakin meruncing.

Beberapa orang kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini, mendapati keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali penziarahnya. Seorang dari dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu mereka, bahawa Chin Peng telah dikejarkan ke hospial dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin meruncing.

Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong Koh, Sitiawan Perak, telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berusia 15 tahun. Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah Setiausaha Agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang $ 1 juta.(dollar).

Beliau memimpin perang gurila di hutan Malaya dan Thailand sejak sebelum peristiharan darurat 1948 untuk menentang penjajah British, setelah British gagal untuk menyerahkan Malaya kepada PKM.

Tags: , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “CHIN PENG SAKIT TENAT DI BANGKOK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge