FENOMENA TRANSIT PLANET ZUHRAH 6 JUN 2012

Number of View: 3670

FENOMENA TRANSIT PLANET ZUHRAH 6 JUN 2012,Orang ramaiĀ berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun 2012.Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah akan melintas di antara matahari dan bumi dan ia dapat dilihat pada permukaan matahari.planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi hadapan permukaan matahari menerusi penggunaan penuras matahari.

Di Malaysia, ia akan mula kelihatan ketika matahari terbit pada jam 6:09 pagi, pada 6 Jun 2012, akan berakhir jam 12:50 tengah hari.Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004 dan transit seterusnya akan berlaku pada tahun 2117.Planet Zuhrah adalah planet kedua dari matahari dalam sistem suria kita.

Zuhrah juga merupakan sebuah planet yang paling menyerupai bumi dari segi saiz dan jisim berbanding dengan planet-planet lain.

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “FENOMENA TRANSIT PLANET ZUHRAH 6 JUN 2012”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge